Monday, August 24, 2009

Score A Programme™

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana. Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.

Apakah Pembelajaran Output?
Sistem pembelajaran output bermaksud pembelajaran secara aplikasi iaitu penggunaan ilmu pengetahuan yang didapati daripada sistem pembelajaran input.

Apakah Pembelajaran Input?
Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, pelajar perlu Pembelajaran Output.

Sukatan Pelajaran Produk Score A
Program Score A telah mendapat pengiktirafan oleh banyak pihak. Sukatan Mata Pelajaran Program Score A pula telah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan sentiasa di kemaskini mengikut sukatan pelajaran yang terkini.

LIPUTAN SILIBUS - Kemaskini Masa sebenar

Sekolah Rendah (Tahun 1-6):
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik (Tahun 1 -3 dalam Bahasa Inggeris)
4. Sains (Tahun 1 -3 dalam Bahasa Inggeris)
5. Bahasa Cina

Sekolah Menengah Rendah:
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Geografi
5. Sejarah
6. Mathematics (Bahasa Inggeris)
7. Science (Bahasa Inggeris)

Keistimewaan Score A berbanding dengan yang lain!



i) Mesra Pengguna.
Dengan kombinasi gambar dan warna yang menarik di web www.scorea.com, ini membuatkan anak anda akan tertarik untuk menggunakannya!

ii) eTopic™

Pembelajaran Output . Sebaik sahaja pelajaran input membantu pelajar lebih memahami setiap topik dalam matapelajaran yang di pelajari, dengan menggunakan eTopic para pelajar akan dapat menggunakan kaedah pembelajaran output. Markah lulus 80% iaitu A; Penandaan adalah serta-merta; juga Keputusan adalah serta-merta dan di hantar ke e-Report Card dan sms ke telefon bimbit ibubapa.

iii) eAssessment™


Latihan output secara serta merta yang tidak terhad menguatkan kemahiran pelajar dalam menghadapi peperiksaan. Seperti kaedah bermain game, terdapat sistem ranking yang menggalakkan persaingan sihat. Pelajar perlu lulus tahap pertama untuk pergi ke tahap seterusnya serta penandaan dan keputusan adalah serta merta. Setiap keputusan akan dihantar ke e-Report Card dan di sms ke telefon bimbit ibubapa.

iv) eTrial Exam™


Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar. Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan. Rekod Percubaan serta merta yang mengandungi tarikh, masa dan peratusan yang di perolehi! Sungguh mudah bukan ? Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.

v) ePast Year Exam™

Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan ‘A’.
Satu-satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

vi) eProgress™

Carta pemantauan yang membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic™. Ciri ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibubapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic™ anak-anak mereka. Ibubapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibubapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.

vii) eNotes™

eNotes adalah nota ringkas tetapi padat yang disdiakan untuk semua mata pelajaran dalam program Score A. eNotes sangat sesuai untuk pelajar mengulangkaji sesuatu mata pelajaran sebelum membuat latihan. Ia disediakan secara topikal. Oleh itu, pelajar disaran meneliti eNotes sebelum menjawab soalan dalam eTopic. Dengan demikian, pelajar akan lebih bersedia untuk membuat latihan atau menjawab soalan yang disediakan melalui eTopic, terutama dalam membuat pilihan jawapan yang tepat.

viii) eDictionary™

Khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, sebagai penterjemah kepada perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.





ix)eReport Card™ (Online dan sms)

Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak. Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak. Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa dan membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta. Tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.



No comments:

Post a Comment